Masjid Haji Sandukong, Sandakan, Sabah.

Masjid Hj Sandukong telah di bina dan di wakafkan oleh Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Ybhg Datuk Seri Panglima Hj Hassan Alban Hj Sandukong pada tahun 1998. Persekitaran Masjid ini terdapat Sekolah Agama Rakyat Pensenteran Nurul Ehsan di mana Masjid Ini merupakan pusat ilmu bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu faekah. Kebanyakan guru agama di sini terdiri dari para ilmuan dari Indonesia yang berhijrah di sini bagi mengajar ilmu agama tersebut. Masjid ini juga menjadi tempat para pelajar dan penduduk kampung mempraktikkan ilmu agama yang mereka pelajari di sekolah tersebut. Sejak Masjid dan Sekolah ini di tubuhkan, banyak Imam-imam dan ustaz-ustaz di sekitar sandakan dilahirkan di tempat ini. Masjid ini juga di jadikan Pusat komuniti setempat dan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarkat bagi kariah di sekitarnya. Selain itu Masjid ini juga menjadi tempat persinggahan para tabligh dari seluruh dunia sebelum meneruskan perjalanan ke Indonesia. Imam Rawatib: 1.Ustaz Shohih Barry Abd Ghaffur 2. Ustaz Abdullah Abd Ghaffur 3. Ustaz Raziman B Omar 4. Setiusaha Masjid Mohd Edzwan B Md Din.

Borang Infaq

+60
RM
RM
powered by